Awang Alak Betatar

  • Home
  • Profile
  • Any Comments
  • Etnik Suluk

ETNIK SULUK JUGA PERIBUMI SABAH MALAYSIA

 

Saya merujuk kepada tulisan Bentan dalam Daily Express keluaran Ahad 25 januari 2009 di ruangan Bahasa Melayu.

 

Salah satu perkataan yang ditulis oleh Bentan bahawa BISAYA adalah pendatang asing tanpa izin di Sabah (PATI). Di sini Bentan lupa sejarah Sabah bahawa bangsa Bisaya adalah kaum asli Sabah dan bangsa Bisaya berada di seluruh Sabah dan di seluruh Malaysia termasuk di negeri Sarawak serta di Semenanjung Malaysia.

Bentan ada menulis mengenai Perjanjian Paris 1898, Perjanjian Kiran-Bates 1899, dan Perjanjian Carpenter antara Amerika Syarikat dan kesultanan Sulu mengenai kesultanan Sulu.

 

Untuk makluman Bentan sila rujuk salasilah kesultanan Borneo (Sabah) sejak abad ketiga belas (Tahun 1363 Masihi) yang ada tersimpan di Muzium Brunei Darussalam dan di Muzium London. Sultan Awang Alak Betatar adalah Pemerintah Pertama Borneo (Sabah) 1363 Masihi.

 

Pada tahun 1363 selepas Sultan Awang Alak Betatar Bin Bonian Mas Kayangan memeluk agama Islam dengan menggunakan nama Sultan Muhammad Shah, baginda berhijrah ke Brunei dan menjadi Sultan pertama beragama Islam memerintah negara Brunei ketika itu tahun 1370 Masihi.

 

Baginda melantik anakanda lelaki baginda bernama Sultan Awang Koyoh Bin Sultan Awang Alak Betatar menjadi pemerintah Borneo pada tahun 1370 Masihi.

 

Pada tahun 1877, bertempat di Pulau Labuan,  Sultan Abdul Mumin dari Brunei tidak memberi laluan kepada kesultanan Borneo ketika itu Sultan Tunku Laxamana Awang Ishak Ismail Jalil yang mana Sultan Abdul Mumin telah membuat Surat Kuasa (Power of Attorney) kepada Chartered Company dari London bagi menjual kayu-kayan dari Kimanis hingga ke Sandakan selama lebih kurang lapan puluh enam (86) tahun dan sehingga pada tahun 1963, Borneo (Sabah) menubuhkan Malaysia bersama Malaya dan Sarawak hingga ke hari ini (SABAH, MALAYSIA).

 

Harapan kami penduduk Asli Sabah di suatu hari nanti agar Kesultanan Sabah (Borneo) akan terwujud dan bukannya Kesultanan Sulu dari Mindanao, Filipina yang tidak ada kaitan langsung ke atas Sabah dengan terjumpanya bukti jelas salasilah Kesultanan Borneo (Sabah) sejak abad ketiga belas (Tahun 1363 Masihi). Bagi pewaris kesultanan Sulu dinasihatkan perintahlah negeri sendiri iaitu Mindanao, Filipina dan jangan campurtangan negeri orang lain.

 

Untuk makluman Bentan, Sultan Awang Alak Betatar Bin Bonian Mas Kayangan adalah suku kaum Bisaya Kota Klias, Beaufort, Sabah dan jangan cuba menuduh bangsa Bisaya pendatang asing tanpa izin (PATI) di Sabah. Bentan dipastikan menulis dan menjelaskan serta diberi amaran bahawa Bisaya adalah peribumi Sabah. Sesuatu sejarah mesti Berpijak Di Bumi Nyata. Bukan manulis dengan sembarangan dan hentam keromo.

Sekiranya Bentan Buta Sejarah Borneo (Sabah) lebih baik MUHASABAH DIRI bagi mengelak mimpi kosong yang tiada penamat serta tiada berkesudahan!!!

 

Sekian

DIY Free Web Design with SynthaSite Design by TLG